Matlamat utama,
Menjadi sebuah pertubuhan untuk melindungi serta mendapatkan kepuasan dalam pekerjaan dengan cara menitik-beratkan kepentingan-kepentingan
ekonomi, sosial, pengetahuan termasuk pelajaran dan politik ahli-ahli.
a) Ekonomi - memperbaiki syarat-syarat upah dan memperbagaikan pendapatan menerusi pelaburan dan koperasi
disamping menjaga kepentingan ahli dalam skop yang dibenarkan.
b) Sosial - memberi perkhidmatan perundangan dan menyediakan peluang pendidikan, kebudayaan, sukan dan kebajikan.
c) Pengetahuan termasuk pelajaran - memberi latihan dan pendedahan serta mengemaskini pengetahuan tentang pergerakan kesatuan
sekerja.
d) Politik - mengujudkan kesedaran dalam proses pembangunan sebuah negara yang demokratik, melaksanakan hak dan tanggungjawab
sebagai seorang pekerja dan rakyat.
|